Isnin, 4 April 2011

Salam Pengenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada warga pembaca sekalian.






Serekkoyan adalah sebuah blog yang berkisarkan mengenai arena rekreasi marin tanah air yang semakin mendapat perhatian umum. Mengisahkan aktiviti menyelam, berkemah, merentas hutan belantara dan segala aktiviti yang melibatkan rekreasi air. Turut juga melibatkan acara memancing sebagai aktiviti utama serekkoyan yang ingin saya paparkan dari gelanggang air masin juga air tawar, lautdalam, kuala, muara, sungai, tasik dan seterusnya gelanggang pelantar minyak yang kini menjadi kegilaan kaki pancing negara.

Satu medium yang menjadi pilihan pengguna masa kini membuatkan serekkoyan ingin turut serta berkongsi cerita dan pengalaman menarik bersama pembaca semua. Serekkoyan juga akan trurut memaparkan sedikit sebanyak berkenaan aktiviti perkemahan, selaman dan penerokaan hutan semulajadi terutamanya trip yang akan kami jelajahi di sekitar pantai timur dan seterusnya ke seluruh pelusuk negeri. Akan juga diselitkan mengenai teknik dan tip bagi setiap aktiviti marin terkini serta spot yang menarik untuk anda demi kepuasan dan kesejahteraan alam semulajadi yang akan kita terokai bersama.

Semoga serekkoyan akan menjadi tatapan serta bahan bacaan yang menarik serta dapat memberi panduan dan menambahkan lagi pengetahuan kita bersama dalam arena rekreasi marin dan seterusnya terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi generasi masa depan.

Diatas kesempatan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada penaja utama yang merupakan nadi serta tunggak penting dalam merealisasikan serekkoyan. Tidak dilupakan juga sifu-sifu serta rakan seperjuangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar selama ini.


Terima kasih kerana memilih serekkoyan sebagai medium informasi mengenai arena rekreasi marin dan  bahan bacaan santai anda.