Khamis, 31 Mac 2011

Jutaan Terima Kasih



Di atas kesempatan ini, serekkoyan ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khusus buat penaja utama serekkoyan yang selama ini telah banyak memberi dorongan sekaligus menjadi tunggak kepada serekkoyan. Beliau merupakan seorang kakitangan syarikat petroleum yang sudah semestinya kaki pancing yang sentiasa dahagakan tarikan 'maut' dari penghuni laut dalam. Kelebihan tidak 'mabuk laut' membuatkan beliau tidak getir meredah lautan gelora dan seterusnya merealisasikan sebuah pengalaman menarik yang akan serekkoyan paparkan.

Tidak lupa kepada rakan seperjuangan dari zaman persekolahan yang sering bersama berkongsi maklumat serta pengalaman dalam dunia pancing sehingga ke hari ini. Bersama mereka meredah 'dem' di hujung minggu masih terpahat dalam ingatan apabila teringatkan 'port' lama. Aktiviti memancing masih giat dijalankan secara individu mahupun bersama walaupun kini sibuk dengan karier masing-masing.

Seterusnya kepada sifu-sifu buat serekkoyan yang kini sebagai komuniti arena rekreasi marin utama yang telah banyak membantu dalam memperkemaskan lagi ilmu 'main laut'. Mereka yang juga bersama turut serta berganding bahu menyediakan fasiliti terbaik serta telah bertungkus lumus dalam menghasilkan 'pengkalan' bagi menempatkan sebuah bot yang kini menjadi nadi buat serekkoyan.

Begitu juga kepada ahli keluarga yang turut serta menyumbang kepada proses membaik pulih bot yang sememangnya mengambil masa yang agak lama.


Jutaan terima kasih diucapkan
Sumbangan anda amatlah dihargai.