PERKHIDMATAN






Terima kasih kerana memilih serekkoyan sebagai medium rekreasi marin anda.

Kami di sini ada menyediakan khidmat sewa bot untuk aktiviti memancing dan juga selaman laut dalam. Aktiviti memancing samada pancingan laut dalam, pelantar minyak mahupun acara mencandat.

Sebuah bot yang berukuran 37kaki yang boleh memuatkan seramai enam orang penumpang lengkap dengan peralatan terkini seperti GPS dan FishFinder. Juga dilengkapi dengan kemudahan asas lain seperti dapur memasak, ruang tidur, kotak umpan hidup, tandas dan lain-lain.

Beroperasi di sekitar perairan laut Kemaman, Terengganu sebagai pusat rekreasi utama serekkoyan.